where leaders are created

where leaders are created
proud to be EMINENT 36

where leaders are created

where leaders are created
proud to be EMINENT 36

where leaders are created

where leaders are created
proud to be EMINENT 36

where leaders are created

where leaders are created
proud to be EMINENT 36

Pages

Maher Zain!!!

Monday, 10 February 2014

The Power Of True Friendship:)

Thank you friend, Arigato gonzaimas, jazakallahukhairankathira, dankeshun,
Terima kasih sahabat
Atas ingatanmu
Sesungguhnya ingatan adalah amat berharga
Melebihi butiran emas dan perak
Kerana ia adalah lambang persahabatan
Yang tiada dalam timbangan dirham dan dinar
(Ghazali Saad SMKPs,)

A Strong Friendship could not be broke by boundaries of state... Hello Penang and Goodbye Perlis!!!... It's a trip of 4 days and 3 nights in Penang. Specifically, the house of my buddy was in Kampung Pongsu Seribu which was nearby to SMKA Al-Irshad. It takes a whole day to reach there since we have to spent about a half day in IKBN Bukit Mertajam waiting for my father to end his meeting with some officers there.. It's a quite exhausting day for us since we need to expose ourselves under the hot sun and our skin would getting burn. As we arrived there, we were given a warm welcome by my buddy's friendly father. it's such an awkward moment since it was the first time to spend some nights in my friend's house.. Btw, i had to get used to it. So, there were many activities that were done such as watching a movie in Sunway Carnival Mall, enjoying the final round of Maharaja Lawak Mega show, admiring the superb Eden Hazard skill who managed to score hat-trick goals against Newcastle, watching the big loss of Arsenal against Liverpool (5-1) and having a visit in Sedim Vista.. So, there were some pictures taken during the visit there. The post was ended with these memorable pics.. :'(

"Ya Allah, Engkau eratkanlah dan kekalkanlah persahabatan ini hingga ke SyurgaMu.. Ameen ya Rabb"

 This photo was taken at Sedim Vista located in Kedah. It's such a great and unforgettable moment to be there discussing and chatting on our past and future while swimming in the cold water river... 
Credit to : Sedim Vista



 Best friends are people you know you don’t need to talk to every single day. You don’t even need to talk to each other for weeks, but when you do, it’s like you never stopped talking.
Credit to : Puncak Mutiara Restaurant



Playing games is one of the best ways to tighten the bond in a friendship :)
Credit to : Xbox 360 and PES 2012...



NASIHAT KEDUA (AYYUHAL WALAD)

BAGAIMANA SEPATUTNYA MENERIMA NASIHAT


Wahai anakku yang tercinta, 

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. [yang dimaksudkan ahli falsafah ini boleh diertikan dengan orang yang mempunyai fahaman sekular di zaman sekarang (pentejemah)] Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apaapa. Seperti apa yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw ertinya ;


Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah orang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.

Dan diriwayatkan daripada Imam A1 Junaid A1 Baghdadi Qaddasuhullahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau. Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya: Apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim (A1 Junaidi Al Baghdadi). Lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab: Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin.

Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.



BENARKAH ITU CINTA?

Benarkah itu cinta?
Kalau kita semakin keji dan hina

Benarkah itu cinta?
Kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri

Benarkah itu cinta?
Kalau kehidupan kita hilang pedoman
Hingga akhirnya kita terdampar di pintu maksiat

Benarkah itu cinta?
Yang menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri

Benarkah itu cinta?
Yang menjadikan hati kita hitam dan kotor
Hingga diri kita tidak lagi 'suci'

Benarkah itu cinta?
Yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan

Benarkah itu cinta?
Yang menjadikan kita lupa

Dari mana kita datang,
Untuk apa didatangkan
Dan ke mana akhirnya kehidupan....

Benarkah itu cinta?
Atau nafsu yang menggoda
Atau syaitan yang memperdaya
Atau iman yang semakin kehilangan nyala

Benarkah itu cinta?
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaitan yang penuh kebencian
Lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

Bukankah semua kita inginkan kemuliaan?
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan?
Bukankah semua kita mencari 'jalan pulang'?
Kenapa kehinaan yang datang?
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan?
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan?
Kenapa kita terlupa 'jalan pulang'?

Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya

Kehinaan hingga mempesonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah...

#Cintakan Allah itu terbaek!!!



Sunday, 9 February 2014

Hati Yang Hidup....

Hati yang mampu
Menikmati manisnya iman
Indahnya taqwa dan
Luasnya pengampunan
Allah SWT.

Hati yang terasa lunaknya
Peringatan dan nasihat
Lazatnya ilmu dan jernihnya
kebenaran

Hati yang gementar ketika
disebutkan Pemiliknya serta
rindukan pertemuan
denganNya...
(Azmi Bahari)